orait! Apa Yang Diingini Majikan Semasa Memilih Calon Pekerja


Jika Anda ingin mendapat pekerjaan idaman, bukan sekadar sehelai kertas Ijazah,Diploma, Sijil dan sebagainya yang cemerlang yang diperlukan. Ada satu perkara yang lebih penting dari itu iaitu SIKAP ANDA.

Berdasar kajiselidik yang dibuat di laman CareerBuilder, 71 percent pengurus HR menyatakan meletakkan kecerdasan emosional dan sikap — termasuk pada bagaimana ia mengendalikan emosi dan bijak menjalinkan perhubungan berbanding pada IQ semata.

Seseorang yang mempunyai EQ (kecerdasan emosi) tinggi dianggap lebih mampu mengendalikan diri dan mampu bekerja di bawah tekanan berbanding mereka yang hanya mempunyai IQ yang tinggi.

“Kecekapan teknik dan kecerdasan penting bagi setiap pekerja, namun kecekapan interpersonal lebih penting lagi,” kata Rosemary Haefner, vice president SDM di CareerBuilder. “Dalam keadaan ekonomi yang sukar, boss memerlukan pekerja yang boleh membuat keputusan secara efektif dalam situasi penuh tekanan,” katanya.

Ingin mempunyai EQ yang tinggi? Ini makluman dari laman CareerBuilder.

KAWAL EMOSI

Biasanya, calon boss akan bertanya dan berbincang semasa menemuduga pekerja. Dari sini, emosi calon pekerja diukur. Untuk membantu meminima reaksi negatif, “Penting bagi anda mengenali pemicu stress ketika tekanan datang,” kata Patricia Thompson PhD, konsultan manajemen pada Sperduto & Associates Inc, sebuah firma psikologi di Atlanta.
Thompson juga menyarankan untuk keluar dari keadaan tertekan ketika itu ialah dengan: tarik nafas panjang, kemudian kira sampai 10, dan bertenang.

LAKUKAN REFLEKSI DIRI

“Supaya EQ dapat diasah, anda harus self-aware, dengan memahami dengan betul apa kekurangan dan kelemahan anda,” kata Thompson. Dia menyarankan untuk membuat lima kelebihan dan kekurangan utama anda, kemudian gunakan dua perkara yang berlawanan itu untuk saling melengkapi. Pilih dua atau tiga kelemahan Anda, dan carilah cara untuk mengatasinya.

DENGAR DENGAN FOKUS

Berdasar survey CareerBuilder, ketajaman emosi juga diukur dari bagaimana ia mampu mendengar.

Thompson memberi jalan keluar untuk meningkatkan kemampuan mendengar. “Gunakan dua tingkat cara: pertama dengarkan untuk memahami kandungan pembicaraan, jangan mencelah atau memberi penilaian terhadap apa yang dibicarakan sehingga dia selesai biacara. Kedua, dengarkan untuk memahami keadaan emosinya semasa dia bercerita,” katanya.

Kemampuan mendengar sangat penting, katanya, untuk membangun hubungan dalam satu kumpulan secara lebih baik dan mengurangkan konflik.


sumber:isuhangat

Latih Diri Sebagai Usahawan


alt



Ramai di antara kita berminat untuk menjalankan perniagaan. Ada yang sanggup menghabiskan hingga ratusan ringgit mahupun ribuan ringgit sebagai permulaan yang mana pada akhirnya tidak mendapat pulangan yang diidam-idamkan.

Berniaga merupakan salah satu daripada sumber pendapatan yang boleh diperolehi samaada dilakukan sepenuh masa ataupun sambilan ketika ada masa yang terluang. Berniaga juga bukanlah semudah yang disangkakan kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi untuk memenuhi permintaan pelanggan serta perkhidmatan yang memuashan hati mereka. Kejujuran serta komunikasi terhadap pelanggan harus diutamakan dalam apa jua transaksi perniagaan.

Produk Fizikal dan Produk Digital

Di alam internet masa kini, terdapat pelbagai perniagaan yang menggunakan internet sebagai alat pemasaran sesuatu produk ataupun perkhidmatan. Ada yang menjual produk fizikal dan tidak kurang juga ada yang menjual produk digital. Ada juga yang membantu memasarkan produk tersebut melalui internet dengan hanya mengambil komisyen setiap produk yang terjual.

Kini, dengan kepesatan teknologi maklumat yang semakin berkembang, terdapat juga perkhidmatan di mana anda boleh menjadi usahawan dengan cara yang paling mudah dan menjimatkan masa. Anda hanya perlu membuat pemasaran tanpa membeli produk terlebih dahulu, tanpa menyimpan stok dan tanpa melakukan penghantaran.

Sistem Dropship

Sistem 'Dropship' adalah satu sistem di mana anda menggunakan perkhidmatan syarikat tertentu untuk menghantar produk yang anda jual kepada pelanggan anda. Melalui cara ini, anda hanya perlu menerima bayaran serta pesanan dari pelanggan anda dan kemudian menggunakan syarikat tersebut untuk menghantar produk tersebut bagi pihak anda.

Cara ini mampu menjana pendapatan sampingan dengan kos yang amat murah serta masa yang sedikit untuk melaksanakannya. Maka anda bolehlah meluangkan masa dengan keluarga di samping anda melatih diri untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Di harap perkongsian ini mampu meningkatkan ekonomi seisi rumah dengan menggunakan kemudahan internet serta sedikit sebanyak mampu menyelesaikan masalah kewangan yang seringkali merebak menjadi masalah lain di dalam institusi kekeluargaan


SUMBER:Isn, 20 Dis 2010 21:03 | Shamsurizam Norsham | Editor: Team Bisnes

PNB umum agihan pendapatan ASB

21/12/2010 10:58am


KUALA LUMPUR 21 Dis. - PNB umum agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. - Utusan

jutawan soho




Soho adalah singkatan kepada 'small office house office.' Ia merujuk kepada perniagaan yang kita usahakan sendiri di rumah kita sendiri.
Secara jujurnya, untuk menjadi "Jutawan" soho ini bukan senang. Saya pun tak pernah kata jadi jutawan kerja senang... orang lain ada la kata senang jadi jutawan - tapi bukan saya ;)
Untuk jadi jutawan...
Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000,000 kepada 1 orang atau...
Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100,000 kepada 10 orang atau...
Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10,000 kepada 100 orang atau...
Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000 kepada 1,000 orang atau...
Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100 kepada 10,000 orang atau...
Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10 kepada 100,000 orang....Atau apa sahaja in between!
Ramai antara kita dengan skill yang ada, hanya yakin dan berkebolehan menjual sesuatu yang berharga antara RM10-RM100. Sekiranya anda tergolong di sini dalam perniagaan SoHo anda, maksudnya, anda memerlukan antara 10,000 - 100,000 pelanggan.
So, fikirkan pula, untuk mendapat berpuluh-puluh ribu pelanggan... berapa lama masa anda akan ambil? Lama bukan?
Tetapi here's the good news!
Dengan bermula menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM10, anda akan menjadi lebih yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100. Apabila anda yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100, anda akan menjadi yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM1,000.
Apabila sampai tahap ini, anda hanya perlu 1,000 pelanggan sahaja untuk menjadi jutawan soho!
Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah. So, start small... start a SoHo. Walaupun anda tidak boleh jadi jutawan dalam sekelip mata, tetapi, dengan cara yang betul, anda boleh mendapat extra income untuk anda & keluarga.
Seperti saya kata, untuk menjadi jutawan SoHo seperti saya, bukanlah perkara yang senang dan boleh goyang kaki untuk mencapainya. Tetapi, untuk mendapat pendapatan RM2,000-RM3,000 secara SoHo, adalah agak mudah.

SUMBER:Ahd, 19 Dis 2010 20:32 | Irfan Khairi | Editor: Team Bisnes

Erti D.U.I.T dalam Islam

D

Kita memerlukan D. D = Doa. Pasti kita perlu doa untuk berjaya di dunia dan akhirat, semua orang di dunia ini mesti berdoa untuk sukses dan jika kita rajin beribadah,pasti doa kita akan dikabulkan Allah SWT.Namun jika doa kita tidak dimakbulkan, mungkin ada hikmah disebaliknya hanya Allah SWT yang mengetahui.

U

Kita memerlukan U. U = Usaha. Setelah berdoa kita perlu usaha. Doa tanpa usaha bagaikan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada Allah SWT. Percayalah walaupun kita berdoa sepanjang hari tanpa berusaha susah doa kita akan terkabul.

I

Kita memerlukan I. I = Ikhtiar. setelah Usaha kita perlu Ikhtiar. Ikhtiar adalah usaha manusia untuk memenuhi keperluan dalam hidupnya, samada material, spiritual, kesihatan, dan masa depannya agar tujuan hidupnya selamat sejahtera dunia dan akhirat terpenuhi. Jika kita telah berusaha tetapi tidak berjaya kita berikhtiar dengan mencari di mana silapnya usaha kita itu dan mungkin juga cara kita berdoa.

T

Kita memerlukan T. T = Tawakal. Setelah kita melakukan yang diatas kita perlu Tawakal. Tawakal adalah pasrah kepada Qada dan Qadar Allah SWT. Jangan berputus asa jika kita belum ditakdirkan mendapat apa yang kita citakan.

Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

SUMBER: www.isuhangat.net. Wallahualam

menggapai impian


Semua orang mempunyai cita-cita tapi kebanyakannya tidak berjaya. Mengapa orang yang bercita-cita besar tidak maju-maju? Mengapa langkah kita tersangkut? Apa yang membuat kita gagal? Kita terus berfikir positif, terus memotivasi diri mereka tapi kita tidak kemana-mana …

Ini dia masalahnya:

1. Terlalu lama berfikir tanpa sebarang langkah ternyata tidak akan membawa kita kemana pun. Semua ada risiko, cepatlah memutuskannya, setiap keputusan pasti ada risiko dan risiko tersebut harus kita terima. Tempuhilah semua tanpa penyesalan!

Atau jadikan cita-cita kita itu hanya sekadar angan-angan kosong dan esok bersambung angan-angan tadi dan terus menjadi angan-angan yang panjang.

2. Kita mesti sedar kewujudan kita di bumi ini hanya sementara, terlalu banyak perancangan baik yang tidak tercapai hanya kerana kita tidak menetapkan timeline dalam perancangan kita. Kita terus menunda, sementara waktu terus berjalan. Beberapa kali kita terus berdalih: “Belum waktunya, harus bersabar, perancangan belum cukup, belum dapat gerak hati dari Allah”

3. Malas dan suka menunda adalah penyakit yang negatif. Kejayaan tidak datang dengan bergolek, mesti ada usaha! Apa pun silalah menunda, 5 tahun dari sekarang anda akan masih tetap sama dengan sekarang ini.

4. Kita memerlukan orang-orang yang tepat untuk maju. Kadang-kadang kita tidak boleh menjadi maksimum dalam persekitaran yang tidak boleh membuat kita menjadi maksimum. Terlalu lama berendam di kolam yang kecil membuat kita jadi lembik dan terus merasa puas kerana menjadi yang cukup di pertandingan di kolam kecil itu. Kita harus keluar dan melihat keluar, lihat dan tataplah lautan luas! Masih banyak ikan yang lebih besar dari kita, rasa puas yang kita miliki adalah kepuasan sementara!

5. Jauhi dan buang semua halangan. Ada banyak halangan untuk maju, seperti orang-orang yang tidak tepat, kesenangan sekejap, kegiatan yang tidak berguna, semua perkara yang mengganggu konsentrasi, semua perkara yang mengganggu dalam berfikir. Lebih baik dihilangkan, karena what lies ahead is bigger than you ever expected when you have a strong will! Too much useless things will kill your time, when you kill your time, no result, no outcome, you are going no where.

6. Tidak suka belajar anda akan tetap menjadi orang yang “cukuplah ni”. Overestimating yourself surely ruins you. Underestimating yourself won’t unleash the real you! Maka galakkan anda sampai ke titik maksimum anda, maka anda akan tahu sampai dimana dan apa yang mampu anda lakukan. 7. Teori selalu berbeza dengan realiti, jangan panik apabila anda menemui banyak perbezaan. Jangan pernah berfikir semua orang itu baik, bahkan banyak sekali orang yang pasang topeng senyum sementara memegang pisau di balik baju mereka.

Demikian juga dengan prosedur kehidupan, orang lebih suka dengan para manusia yang suka dan pandai bercakap, serta pengampu berbanding orang yang suka berterus terang. Kerana kata-kata manis lebih di dengar berbanding kenyataan.

Apa yang anda inginkan? Apakah yang ingin anda capai? Apapun itu, anda akan terus berkata: “the best is yet to come.” Beberapa orang berkata seperti itu kerana hanya menggembirakan diri akibat dari “the best is never come in your life”.

Berharap hari esok lebih baik dari hari ini, well that’s good. Tetapi, hari esok tidak akan menjadi lebih baik dari hari ini bila anda tidak mengambil tindakan pada hari ini untuk berubah dan mencapai apa yang anda impikan.

Jika anda mahukan sekarang, kita mesti mulakan langkah sekarang,berubah sekarang.

Progress semestinya jelas dan realistik. Kalau tidak ada progress yang nampak, ertinya anda TIDAK ke mana-mana!

Perancangan yang baik, tidak akan dan tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa tindakan nyata. The Power of NOW! Now or NEVER!

SUMBER:www.isuhangat.net

RM45.9b nilai jualan sektor pembuatan

NILAI jualan sektor pembuatan pada Oktober 2010 terus mencatatkan peningkatan 2.9 peratus kepada RM45.9 bilion yang dijanakan pertumbuhan nilai jualan oleh 73 industri daripada 116 yang dikaji selidik.

Laporan Jabatan Perangkaan dalam Perangkaan Pembuatan Bulanan untuk Oktober 2010 semalam melaporkan, nilai jualan mengukuh 5.4 peratus yang dijana pertumbuhan nilai jualan 87 industri.


Menurut laporan berkenaan, nilai jualan pada September 2010 dikemas kini kepada positif 6.8 peratus.

Empat industri utama yang mengalami peningkatan nilai jualan ialah pembuatan penerima televisyen dan radio, rakaman bunyi atau video atau peralatan rakaman semula dan barangan berkaitan (35.1 peratus); pembuatan produk petroleum bertapis (6.4 peratus); pembuatan kimia perindustrian asas lain kecuali baja dan sebatian nitrogen (22.2 peratus) dan pembuatan kenderaan bermotor (35.6 peratus).

Lima industri utama yang mencatatkan peningkatan nilai jualan ialah pembuatan produk petroleum bertapis (6.9 peratus); pembuatan peranti semi-konduktor (7.8 peratus); pembuatan penerima televisyen dan radio, rakaman bunyi atau peralatan rakaman semula dan barangan berkaitan (7.0 peratus); pengilangan semula getah dan pemprosesan susu getah (17.7 peratus) dan pembuatan kenderaan bermotor (8.0 peratus).


Jumlah pekerja bergaji bagi sektor pembuatan pada Oktober 2010 ialah 996,078, meningkat 0.6 peratus bulan ke bulan dan 6.1 peratus tahun ke tahun.

Bilangan pekerja bergaji pada bulan September 2010 dikemaskinikan kepada positif 5.6 peratus tahun atas tahun kepada 990,102 pekerja.

SUMBER:HARIAN METRO